3 Tips Pemilihan Langsir Rumah

  • 6 years ago
  • Blog
  • 0

3 Tips Pemilihan Langsir Rumah

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.

Langsir baru akan dipasang sebagai penaik seri rumah kediaman terutamanya mahu menyambut majlis istimewa atau perayaan.Corak dan fabrik langsir yang betul akan menambahkan gaya hiasan dalaman kediaman. Ia bukan sahaja membuatkan penghuni berasa lebih selesa, malah akan menyerikan kediaman yang anda akan miliki.

Jadi, ini kami kongsikan 3 TIPS PEMILIHAN LANGSIR untuk menaikkan seri lagi kediaman baru anda.

1-SAIZ LANGSIR
pastikan reka bentuk, jenis dan kedudukan pintu dan jendela rumah anda. Setiap pintu dan jendela mempunyai reka bentuk berbeza mengikut saiz rumah dan keperluan cahaya dan ruang udara.
-Bagi saiz jendela yang kecil, pemasangan bidai adalah lebih sesuai. Ia lebih ringkas. Mudah diselenggara dan masih mampu menaikkan seri jendela itu sendiri.

2- FUNGSI LANGSIR
-Tetapkan fungsi langsir yang akan diletakkan di ruangan rumah. Kemudian pilihlah jenis design dan fabrik langsir yang sesuai dengan fungsinya.
-Contohnya, fabrik tebal lebih sesuai jika fungsi langsir adalah untuk menebat haba dan bunyi.
-Fabrik lutsinar pula adalah pilihan terbaik bagi menghalang kemasukan terus sinar ultra ungu matahari. Ia juga dapat melindungi penglihatan orang luar dari terus nampak pergerakan dalm kediaman kita sendiri.

3- JENIS BILIK DAN RUANG
-Pemilihan corak dan warna memberi gambaran mengenai keperibadian tuan rumah sendiri.
-Di ruang tamu, pemilihan corak klasik adalah lebih sesuai untuk meraikan tetamu yang kelainan citarasa berbeza.
-Di ruang makan pula, pemilihan yang betul dapat menaikkan kelazatan makanan yang dihidang.
-Begitu juga bilik tidur, corak lembut akan menghasilkan suasana yang lebih harmoni.

Join The Discussion

Compare listings

Compare