KUALA KRAI : 17 Lot Tanah Banglo Pahi

Tanah Lot Untuk Dijual Dengan Harga Mampu Milik.
17 tanah lot untuk dijual di Pahi, Kuala Krai dengan keluasan tanah yang cukup berbaloi mengikut harga jualan pasaran semasa. Ini adalah harga hampir separuh lebih rendah dari harga pasaran semasa di kawasan ni. Jimat banyak jika dapatkan segera. Minima saiz tanah 5200 kaki persegi, sangat selesa untuk kediaman masing-masing. Lokasi tanah lot banglo Pahi, Kuala Krai sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan kawasan kemudahan asas.
Lokasinya hanya 2km dari Hospital Kuala Krai dan 2.1km dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi serta 2.6km ke MRSM Kuala Krai menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menetap disini. Anda boleh lihat banyak lagi lot tanah yang pastinya harga lebih murah dari pasaran luar. Jangan lepaskan peluang ini! Miliki Rumah Idaman Anda sekarang.
Lot tanah banglo pahi ini juga terdapat pelbagai kemudahan asas seperti Masjid, Sekolah, Hospital, Klinik, Balai Polis dan sebagainya. Selain daripada kemudahan asas, lokasi tapak Pahi, Kuala Krai merupakan kawasan bebas banjir. Jadi tidak menjadi kerisauan kepada pelanggan untuk bina rumah di kawasan ini. Minima keluasan tanah adalah 5200 kaki persegi yang mana sangat sesuai untuk bina sebuah banglo keselesaan ahli keluarga.
Rekabentuk rumah yang dibina mengikut lakaran 3D yang pilih oleh pelanggan sendiri. Kami juga menyediakan khidmat konsultansi secara percuma untuk bakal pelanggan yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Tanah dan Bina Rumah.

NOTA: sila rujuk table di sebelah untuk melihat status lot sudah di dijual atau masih ada.
[table id=12/]