Banglo Pelangi Indah
Kini banglo milik klien kami En Azuhar telah siap dibina sepenuhnya di Bukit Payung, Terengganu. Banglo ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik air. Banglo yang berkeluasan 2,641 kaki persegi, banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik. Dari segi penggunaan tona warna pula, gabungan warna oren dan Maroon akan menaikkan lagi kontra warna tersebut serta kelihatan lebih menarik. Bahagian dalam pula mereka menggabungkan beberapa pilihan warna.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dan beberapa aksesori tambahan antaranya pemasangan cornice pada keseluruhan tingkap dan dinding luar rumah serta menaiktaraf pemasangan stainless steel handrailing pada bahagian entrance.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.