Banglo Usikan Kalbu
Banglo dua tingakt milik klien kami Pn Norizan di Kg Kenjing Pasir Mas telah siap dibina. Banglo ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik air. Banglo yang berkeluasan 2,619 kaki persegi, banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik. Dari segi penggunaan tona warna Dark grey dan putih menaikkan lagi kontra warna dan seri rumah tersebut.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dengan penambahan aksesori iaitu pemasangan cornice pada keseluruhan tingkap luar rumah, batu hiasan pada dindind luar rumah, shera board dan groove line pada dinding luar rumah bagi menaikan lagi seri rumah. Bahagian dalaman pula dikenakan warna putih serta design dapur yang cantik dan mewah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.