Banglo Kontemporari Minimalis
Banglo milik pelanggan kami Pn Illiani telah siap dibina sepenuhnya di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Banglo ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik air. Banglo yang berkeluasan 2,644 kaki persegi ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang kemas dan diberi nama banglo temporari minimalis kerana ia nampak ringkas tetapi menarik. Dari segi penggunaan tona warna putih dan grey menaikkan lagi kontra warna tersebut.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dengan beberapa aksesori tambahan iaitu pemasangan shera board, groove line pada dinding, cornice pada keseluruhan tingkap luar rumah, menggunakan tingkap labuh, batu hiasan pada dinding dan tiang luar rumah, groove line pada dinding luar dan pemasangan kayu tunjuk langit pada bumbung menaikan lagi seri rumah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.