Tips Pemilihan Kemasan Lantai Bilik Mandi

  • 6 years ago
  • Blog
  • 0
mandi

Tips Pemilihan Kemasan Lantai Bilik Mandi

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.

mandi

PENING NAK PILIH JENIS KEMASAN LANTAI YANG SESUAI UNTUK RUANGAN BILIK MANDI?
TAKUT TERSALAH PILIH DAN MERUGIKAN BAJET ANDA?

Seperti yang kite tahu, memilih kemasan lantai untuk bilik mandi adalah sangat rumit berbanding kemasan lantai di ruangan yang lain. Faktor yang paling kite risau di tandas adalah kuantiti air yang banyak dan mungkin akan menyebabkan lantai mudah rosak dan tidak tahan lame. Jadi mari kite tengok contoh-contoh kemasan lantai mana yang sesuai :

1) Jubin Porselin
– Diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air.
– Kalis air dan kos yang efektif.
– Terdapat pelbagai design dan saiz.

Kelemahan:
– Agak rapuh
– Mudah rosak
– Permukaannya yang sejuk dan jika berjalan diatasnya tanpa memakai alas di kaki , kaki akan terase sejuk.

2) Vinly
– Design yang menarik dan mudah dipasang.
– Didatangkan dengan pelbagai saiz dan sesuai dipasang dipermukaan basah.

Kelemahan:
– Lantai vinyl ini apabila lantai simen tidak rata, menggerutu dan kesat, pemasangan lantai vinyl sukar dilakukan.
– Lantai ini juga mudah tertanggal jika tidak dipasang dengan baik.
– Jika lantai vinyl rosak, kite tidak boleh baiki malah kene beli lantai vinyl yang baru.

3) Batuan Semualajadi
– Sifat batuan yang keras dan tahan lama.
– Memberikan visual yang modern dan menarik.

Kelemahan:
– Batu asli biasanya agak berat jika dibandingkan dengan batu tiruan.
– Harga yang agak mahal berbanding kemasan lantai lain.
– Terdapat beberape masalah kelembapan seperti marmar, granit dan sebagainya.

4) Epoxy Coating (Flake)
– Tahan lama dan harga yang berpatutan.
– Masa pemasangan juga sepantas 8 – 9 jam sahaja
– Permukaan lantai menjadi lebih kukuh dan mempunyai lapisan lantai kalis air.
– Permukaan lantai kesat dan tidak licin.

Kelemahan:
-Walaupun tahan lama, epoxy coating juga mudah rosak jika selalu dilalui oleh objek yang berat.

Join The Discussion

Compare listings

Compare