Pemilihan Pintu Kayu Atau Pintu HDF
Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.
PINTU HDF MOLEK KE? DOH PINTU KAYU DOK MOLEK KE? JADI TERDAPAT PELBAGAI PERSOALAN MENGENAI PINTU KATU DAN PINTU HDF. JADI MARI TENGOK TIPS YANG KAMI CERITAKAN DI BAWAH SUPAYA SEGALA PERSOALAN YANG ADA DI MINDA ANDA AKAN TERJAWAB..
Kayu adalah bahan utama yang biasa digunakan untuk membuat pintu kayu di Malaysia. Memang terdapat banyak kelemahan untuk menggunakan pintu kayu, walaupun begitu pintu kayu mudah diukir dan direkabentuk. Selain itu, pintu High Density Fiberboard (HDF) juga biase digunekan. Pintu HDF mengandungi penggunaan papan serat dengan tingkat kepadatan yang tinggi. Pintu ini menggunakan kayu keras yang sudah melalui proses pengeringan sehingga hampir tiada lembapan.
𝟏) 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐊𝐚𝐲𝐮 𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝
– Mudah disesuaikan dengan apa-apa jenis model rumah.
– Pintu kayu yang berkualiti akan lebih tahan lama.
– Mempamerkan imej yang klasik dan natural.
– Harga yang berpatutan.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 :
– Berlaku proses kembang dan kecut.
𝟐) 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐇𝐢𝐠𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐬𝐢𝐭𝐲 𝐅𝐢𝐛𝐫𝐞 (𝐇𝐃𝐅)
– Cantik, berkualiti tinggi dan elegan.
– Tidak mudah calar dan tahan lama.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 :
– Harga yang agak mahal
– Jika terdedah kepada kelembapan yang tinggi akan berlaku proses kembang kecut.