Tips Pemilihan Mozek

  • 6 years ago
  • Blog
  • 0
pemilihan mozek

Tips Pemilihan Mozek

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.

pemilihan mozek

Jom ikuti tips perbandingan dan sedikit ulasan tentang pemilihan saiz mozek ini.

i. Sebagai tuan rumah perlu menitikberatkan banyak aspek sebelum membuat keputusan untuk memasang mozek di rumah baru nanti.

ii. Pemasangan Mozek Besar memerlukan kepakaran yang betul kerana ianya sangat sukar. Pemasangan mozek bersaiz besar 2’x 2′ dan ke atas melibatkan proses yang lebih rumit berbanding mozek bersaiz kecil.

iii. Disebabkan oleh faktor saiz, proses pemasangannya berbeza untuk mengelakkan masalah mozek tercabut (meletup) /crack di kemudian hari.

1) Mozek Saiz Kecil

(a) Kelebihan dan Cara Pemasangan:
– Menggunakan hanya simen biasa bagi melekatkan mozek
– Harga yang lebih murah, banyak pilihan, mudah untuk pemasangan
– Ketahanan – tiada masalah /risiko meletup

(b) Kekurangan / Kelemahan
– Design mozek – bentuk kecil-kecil (ada yang tak berkenan)

2) Mozek Saiz Besar

(a) Kelebihan dan Cara Pemasangan:
– Perlu dilumur dahulu dengan campuran simen gam dan latex atau dikenali sebagai susu mozek.
– Campuran ini akan menjadi agen untuk melekatkan mozek dengan kuat pada lantai.
– Design dan patern yang pelbagai jenis serta mempunyai finishing cantik dan menarik

(b) Kekurangan / Kelemahan :
– Ketahanan –  ada risiko tercabut (meletup) /crack untuk jangka masa beberapa tahun
– Harganya lebih mahal, banyak gred dan mempunyai kos tambahan
– Kos pemasangan untuk tukang tinggi berbanding mozek saiz kecil

Join The Discussion

Compare listings

Compare