Tips Pemilihan Kekuda Kayu Atau Kekuda Besi

  • 5 years ago
  • Blog
  • 0
kekuda

Tips Pemilihan Kekuda Kayu Atau Kekuda Besi

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.

kekuda

Yang mana lagi bagus? Setiap pemilik rumah mesti mahukan yang terbaik untuk rumah mereka dan pemilihan kekuda sangatlah penting. Kriteria permilihan kekuda ni ada banyak tapi kami di Mahligai Idaman akan cuba memberikan sedikit tips dan nasihat untuk pemilihan kekuda. Kedua-duanya bagus sebab kedua-duanya sudah meluas penggunaannya di Malaysia.

1) KEKUDA KAYU

Kebaikan :

  • Mudah didapati
  • Terdapat 3 kayu yang biasa digunakan iaitu kayu malaysia (campur), kayu kelak dan kayu seraya
  • Tahan lama (bergantung kepada kematangan dan jenis kayu)
  • Harga bergantung kepada kualiti kayu yang digunakan

Kelemahan :

  • Kelemahan kayu sekarang banyak kayu muda yang mana banyak kandungan air di dalam kayu
  • Apabila air mula kering setelah beberapa tempoh, kayu akan mudah meleding
  • Kayu boleh reput dimakan anai-anai setelah tempoh masa yang lama.

2) KEKUDA BESI

Kebaikan :

  • Mudah didapati
  • Ringan dan mudah dipasang
  • Tahan lama (bergantung kepada ketebalan besi, jika di Mahligai Idaman kami menggunakan besi dengan ketebalan 1.0 yang
    mengikuti spec JKR)
  • Harga yang berpatutan ( bergantung juga kepada ketebalan dan jenis
    besi)

Kelemahan :

  • Jarak kekuda lebih rapat berbanding kayu menyebabkan kesukaran maintenance dalam atap.
  • Pemasangan sangat sensitif berdasarkan design kejuruteraan kekuda untuk mengelakkan kelemahan pada struktur yang boleh menyebabkan struktur runtuh.

Miliki Rumah Idaman Anda”

Join The Discussion

Compare listings

Compare