Banglo Layar Impian
Banglo Layar Impian milik klien kami Roslan telah siap dibina sepenuhnya di Kg Peringat Kelantan. Banglo ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air. Bahagian dalaman dan luaran rumah ini nampak kemas dan cantik. Banglo yang berkeluasan 2,053 kaki persegi ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik. Dari segi penggunaan tona warna dark grey dan grey menaikkan lagi kontra warna rumah tersebut.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dengan penambahan beberapa aksesori iaitu pemasangan shera board, cornice pada keseluruhan tingkap luar rumah, batu hiasan pada dinding dan tiang luar rumah, kayu tetupang pada tiang dan pemasangan grove line pada dinding luar rumah menyerlahkan lagi seri rumah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.