Faktor-faktor Utama Dalam Pemilihan Tapak Rumah Anda!

  • 3 years ago
  • Blog
  • 0

Faktor-faktor Utama Dalam Pemilihan Tapak Rumah Anda!

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Dengan Lebih Lanjut.

1) LOKASI TAPAK
Lokasi tapak berdekatan dengan kawasan perumahan, berdekatan dengan fasiliti seperti sekolah,masjid, pasar, pekan atau bandar kerana ia akan memperngaruhi nilai pada masa akan datang. Jangan pilih tapak berdekatan kawasan industri.

2) SAIZ TANAH
Pilih saiz lot paling minima biasanya 3000kps berdasarkan syarat dari pihak PBT. Pilihi tapak yang berbentuk tidak terlalu bersegi atau bentuk luar biasa. Saiz tanah juga akan mempengaruhi keluasan maksimum untuk membina rumah setelah ditolak anjakan yang dibenarkan oleh pihak PBT.

3) ORENTASI TAPAK
Orentasi lot tapak mempengaruhi rekabentuk rumah anda. Sebaiknya pilih lot tapak yang menghadap arah atau selatan untuk mengelak sinaran matahari teruk masuk ke dalam rumah.

4) INFRASTRUKTUR SEDIADA
Faktor infrastruktur yang sedia ada di sekitar Kawasan tapak anda juga amat penting. Samada jalan, longkang, sumber bekalan air, api dan telefon telah disediakan. Jika tidak, anda terpaksa mengeluarkan kos yang yang agak tinggi untuk peyediaan kemudahan tersebut.

5) HARGA
Harga kebiasaannya faktor utama dalam perbandingan untuk belian tanah. Anda harus memilih dengan kadar harga yang terbaik.

Jadi, sebelum membuat keputusan anda amatlah digalakkan untuk membuat lawatan ke tapak terlebih dahulu agar ia dipilih berdasarkan citarasa dan kepentingan anda.

Join The Discussion

Compare listings

Compare