Tips Pemilihan Wallpaper Yang Bersesuian

  • 3 years ago
  • Blog
  • 0

Tips Pemilihan Wallpaper Yang Bersesuian

Mari Baca Tips Ringkas Yang Kami Sediakan Untuk Anda Ketahui Lebih Lanjut.

Penggunaan kertas dinding atau wallpaper bukanlah sesuatu yang baru bagi menggantikan cat dalam menyerikan kediaman kita. Malah ia dapat digunakan untuk memberikan impak yang mewah pada dinding rumah kita sekaligus dapat mengurangkan kos untuk mengubahsuai rumah.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh digunakan untuk memastikan wallpaper yang dipilih sesuai dengan kediaman anda.

𝟏. 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀
Jika anda mempunyai bilik yang sempit dan mahukan bilik kelihatan lebih luas dan tinggi, bolehlah gunakan warna wallpaper yang lembut dan cerah seperti putih, cream, ungu lembut ataupun warna yang sejuk.

𝟐. 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍
Tahukah anda bahawa wallpaper juga dapat memantulkan cahaya? Kesan pantulan cahaya dapat dihasilkan melalui wallpaper yang bercorak cerah, halus ataupun metalik. Elakkan menggunakan warna yang gelap kerana ia akan mempengaruhi suasana ruang itu.

𝟑. 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐅
Terdapat pelbagai corak dan motif yang dijual di pasaran sebagai contoh, corak 3D, corak geometri, motif susunan bata dan banyak lagi. Ruangan terbuka seperti ruang untuk anda bersantai bolehlah menggunakan wallpaper yang bercorak kecil. Tidak semua motif sesuai dengan sudut atau ruang tertentu. Jadi, anda perlu bijak padankan motif dengan ruang tersebut agar ia tidak kelihatan janggal.

𝟒. 𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆
Untuk menyerlahkan ruang kediaman anda, corak-corak tertentu boleh digunakan. Sebagai contoh, untuk menampakkan sesuatu ruang itu lebih tinggi, wallpaper bercorak menegak boleh digunakan. Jika inginkan ruang itu kelihatan lebih luas, gunakan wallpaper bercorak kecil.

𝟓. 𝐒𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊
Bilik yang terlalu banyak corak pasti akan membuatkan kita serabut. Begitu juga dengan bilik yang tiada corak, pasti lama kelamaan akan buat kita bosan. Jadi, kena pandai suai padankan corak wallpaper. Kalau ingin pilih dua corak wallpaper, anda perlu guna corak yang mempunyai warna yang sama.

𝟔. 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐋
Antara jenis material yang terdapat di pasaran adalah vinyl, fabric vinyl, grasscloth dan sebagainya. Okey, kita ambil satu contoh, material vinyl yang menawarkan pelbagai warna, motif, dan agak kemas. Ada juga sesetengah wallpaper jenis vinyl yang kalis api dan air.

𝟕. 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐊𝐀𝐍
Adalah satu cabaran untuk membersihkan habuk dan kotoran yang melekat pada dinding. Pastikan anda gunakan cara yang betul untuk membersihkan wallpaper kerana sesetengah wallpaper berisiko untuk koyak dan rosak bergantung kepada material wallpaper itu.

Join The Discussion

Compare listings

Compare