Apa Itu Cat Sealer?

  • 3 years ago
  • Blog
  • 0

Apa Itu Cat Sealer?

Disini Kami Akan Kongsikan Untuk Anda Mengenai Apa Itu Cat Sealer? Penting?

SEALER merupakan satu bahan untuk melindungi satu permukaan dari pengoksidaan, kemerosotan semula jadi dan penderaan fizikalnya (perbuatan tidak sengaja menyebabkan kerosakan). Ianya juga merupakan cat air berwarna putih yang juga merupakan cat alas untuk lapisan pertama yang diaplikasikan pada dinding batu yang baru atau mengecat semula permukaan.

🔷 Sealer ada dua jenis iaitu minyak dan juga air.
🔷 Sealer jenis minyak susah untuk tanggal.
🔷 Sealer ni jenis air senang tanggal dan boleh dibasuh dengan sabun.
🔷 Ciri-ciri sealer ni juga sama seperti undercoat iaitu gam untuk melekatkan antara cat lama dan cat baru.

Untuk setiap projek Mahligai Idaman, sebelum kerja-kerja cat sealer dijalankan, Kami akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu pada permukaan dinding supaya tiada kecacatan pada permukaan dinding sebelum cat, antara contoh-contoh kecacatan adalah:-

🔷 Rekahan halus.
🔷 Plaster tidak kemas.
🔷 Dinding beralun.
🔷 Sisa-sisa simen.
🔷 Plaster kasar.
🔷 Bucu sumbing.
🔷 Frame ada sisa simen.
🔷 Berlubang
🔷 Sisa kapor semasa pemasangan siling kapor.

TIP:
Tempoh masa untuk mengecat sealer bergantung pada cuaca, untuk cuaca hujan atau lembap tidak digalakkan untuk mengecat. Sekurang-kurangnya masa yang diambil untuk dinding kering ialah selama 30 hari kerana masa tu ia akan betul-betul kering. Tempoh minima untuk cat sealer adalah 2 minggu jika musim panas berterusan selama 2 minggu.

Untuk ketahanan cat sealer luaran & dalaman jenama kansai adalah selama 5 tahun

Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔??? Jom call terus atau emelkan kepada Pegawai Pemasaran kami dengan KLIK link dibawah:

Jom call terus atau emelkan kepada Pegawai Pemasaran kami dengan KLIK link dibawah:

Atau anda juga boleh terus Whatsapp kepada pegawai pemasaran:

Join The Discussion

Compare listings

Compare