Loan Bank Untuk Bina Rumah?
Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet anda!
𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗞 ! 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗞𝗘 𝗧𝗨?
Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet yang merangkumi segala kos tanah dan rumah. Sekiranya anda ingin membuat loan bank untuk bina rumah, anda boleh menyemak kelayakan pinjaman di bank.
“Alahai, kenapa perlu buat bajet 😯? Bank kan ada.”
Itu lah antara komen-komen dari tuan rumah. Sebenarnya, bank hanya meluluskan 90% sahaja pinjaman yang dipohon. Sekiranya anda memohon pinjaman untuk rumah ketiga, jumlah pinjaman akan berkurang sebanyak 80% sahaja.
Jadi sangat perlu anda sediakan ‘cash’ yang cukup sekurang-kurangnya 15% – 20% dari kos pembinaan.
𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝗸𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶:
Kos bina rumah = RM 650,000
15 % dari harga kos = RM 97,500
Sekurang-kurangnya RM 97,500 tunai perlu anda sediakan dan masukkan dalam list bajet tadi.
𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵:
1) Kos melukis pelan
2) Permohonan kelulusan di PBT
3) Kos guaman
Ramai yang fikir kos-kos ini boleh dibayar dengan wang dari KWSP dari akaun 2. Ramai juga yang silap, jadi anda perlu tahu yang wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan apabila kerja-kerja bina rumah sudah dijalankan dan PBT telah meluluskan projek bina rumah anda.
Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔??? Hubungi sekarang pegawai pemasaran kami atau melalui whatsapp dengan KLIK link dibawah:
𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽: