Banglo Kilauan Emas
Banglo dua tingkat yang diberi nama Banglo Kilauan emas milik klien kami Zulkifli telah siap dibina sepenuhnya di Kg Bunut Susu Pasir Mas Kelantan dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik air. Banglo yang berkeluasan 2,500 kaki persegi, banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik.
Dari segi penggunaan tona warna gold, brown, dark brown dan puteh menaikkan lagi kontra warna rumah tersebut. Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dengan penambahan aksesori iaitu shera board, cornice pada keseluruhan tingkap luar rumah, batu hiasan pada tiang luar rumah, groove line pada dinding luar dan juga kayu hiasan diantara tiang luar bagi menaikan lagi seri rumah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.