Banglo Moden Viral 2020
Banglo milik klien kami En Hamizi dari Chetok Pasir Mas Kelantan. Banglo ini dilengkapi dengan lima bilik tidur dan empat bilik air. Dengan menggunakan ‘Modern Consept’ seperti rekabentuk rumah dan penggunaan perabot dalaman yang serba moden. Banglo yang berkeluasan 3,223 kaki persegi ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang menarik. Dari segi penggunaan tona warna dark grey, grey dan putih menaikkan lagi kontra warna rumah tersebut.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Gold dan beberapa penambahan dari sudut design seperti pemasangan shera board pada bahagian dinding luar rumah, pemasangan batu hiasan pada bahagian dinding luar rumah, naiktaraf penggunaan reflective green glass pada keseluruhan tingkap serta pemasangan cornice pada bahagian tingkap dan dinding luar rumah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.