Banglo Wo Ai Ni
Banglo milik klien kami En Ko Po Ham telah siap dibina sepenuhnya Kg Sungai Keladi, Pasir Mas, Kelantan ini diberi nama Bnaglo Wo Ai ni. Banglo ini dilengkapi dengan lima bilik tidur dan empat bilik air. Banglo yang berkeluasan 2,768 kaki persegi, banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik. Dari segi penggunaan tona warna pula, gabungan warna light purple , grey dan puteh akan menaikkan lagi kontra warna tersebut serta kelihatan lebih menarik. Bahagian dalam rumah pula dipadankan warna cream dan hijau turquoise.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Gold dan beberapa penambahan dari sudut design seperti tingkap labuh, batu hiasan pada bahagian tiang dan dinding luar rumah, kayu hiasan (Kayu Seraya) pada pintu masuk utama dan porch dan grovee line pada dinding luar rumah.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.