Join Ventures

Mahligai Idaman membantu pemilik tanah menjual dengan mudah melalui rangkaian klien kami yang ingin membina rumah idaman.

Mahligai Idaman membuka peluang kerjasama kepada pemilik tanah di Kelantan dan Terengganu sahaja yang ingin bekerjasama. Kami mempunyai ramai pelanggan yang berhasrat membina kediaman tetapi belum memiliki tanah.

Melalui kerjasama ini, tuan tanah berpeluang memasarkan tanah secara lebih terfokus terus kepada pembeli sebenar. Kami menghubungkan penjual dengan klien kami, manakala pembinaan rumah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Mahligai Idaman.

Syarat Diperlukan

Untuk memastikan proses kerjasama berjalan lancar serta memberi keyakinan kepada semua pihak yang terlibat, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi oleh pemilik tanah.

  • Status Tanah Jelas & Sah
  • Bebas daripada Sekatan / Tuntutan
  • Keluasan Sesuai
  • Lokasi Strategik
  • Harga Pasaran Munasabah
  • Dokumen Lengkap
muat naik dokumen anda dalam format jpeg, jpg, gif, png dan pdf sahaja.

Kelebihan untuk Pemilik Tanah

Bekerjasama dengan Mahligai Idaman memberi banyak manfaat kepada pemilik tanah. Kami bukan sahaja membantu memasarkan tanah anda, malah menghubungkan anda terus dengan klien yang benar-benar serius ingin membeli untuk tujuan pembinaan rumah.

Jadi, apa tunggu lagi? Isi borang sekarang dan mulakan kerjasama bersama kami!
  • Pasaran Sedia Ada – Tidak perlu susah cari pembeli, kerana klien kami sudah tersedia dan sedang mencari tanah.
  • Pemasaran Tanpa Kos Tambahan – Tanah anda dipromosikan melalui platform Mahligai Idaman tanpa bayaran iklan daripada pihak tuan tanah.
  • Jaringan Pemasaran – Tanah anda dipromosikan melalui rangkaian Mahligai Idaman, meningkatkan peluang jualan.
  • Kerjasama Win-Win – Pemilik tanah dapat jualan, klien kami dapat tanah, dan Mahligai Idaman bina rumah idaman mereka.
  • Keyakinan & Kredibiliti – Berurusan dengan syarikat yang berpengalaman dalam industri pembinaan kediaman.