Portfolio 104
Bachok, Kelantan
Ringkasan

BILIK TIDUR
4

BILIK AIR
4
KELUASAN (KPS)
2,145

TARIKH SIAP
–
Banglo milik klien kami Puan Rosnani kini telah siap dibina sepenuhnya di Bachok, Kelantan. Banglo yang berkeluasan 2,145 kaki persegi ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden iaitu dari segi rekabentuk dalaman dan luaran yang sangat menarik. Banglo ini dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur, empat (4) bilik air, satu (1) bilik solat dan juga mempunyai satu (1) bilik stor. Dari segi penggunaan tona warna di bahagian luaran mereka memilih warna coral reef dan concord manakala pada bahagian dalam rumah pula mereka memilih warna lembut seperti silver. Pada ruangan bilik mereka menggabungkan dengan warna butterfly bush, cobalt dan deep teal supaya menampakan kontra pada ruangan dinding bilik tidur.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas pakej silver dengan penambahan aksesori iaitu pemasangan cornice pada keseluruhan tingkap dan dinding luar rumah, pemasangan batu hiasan pada dinding dan tiang luar rumah iaitu jenis brickstone dan pebble wash, tambahan grove line pada dinding luar dan juga pemasangan sheraboard pada bahagian bumbung bagi menaikan lagi seri rumah.
3D vs Sebenar


Pelan Lantai

Nota: Jika anda menggunakan browser di telefon, sila gunakan fungsi zum (zoom) daripda browser untuk paparan yang lebih jelas .
Spesifikasi Pakej
Portfolio Video
Virtual 360º
Testimoni Pelanggan

Hubungi Kami
Dokumen

Mahligai Idaman Sdn Bhd




















































