Rumah Gula-Gula Kapas
Banglo milik klien kami En Fahimi yang terletak di Kuala Nerus, Terengganu ini menggabungkan ciri-ciri berkonsepkan banglo moden seperti penggunaan tingkap labuh menampakkan banglo ini lebih premium serta kombinasi dengan ukiran pada pintu security yang sangat menarik. Banglo ini mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Dari segi penggunaan gabungan tona warna, banglo ini menggunakan warna Mint Green dan Light Grey menambahkan lagi keunikan banglo moden ini.
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Silver dan beberapa penambahan dari sudut design seperti pemasangan kayu tetupang pada bahagian bumbung, pemasangan shera board pada bahagian bumbung dan dinding luar rumah, pemasangan cornice pada keseluruhan tingkap, pintu & dinding luar rumah, tambahan table top pada bahagian dapur serta naiktaraf pendawaian elektrik – three phase.
MAKLUMAT RUMAH
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai rumah ini?
Klik pada link di bawah untuk melihat gambar penuh ruangan rumah, video, 360 VR Tour, testimoni pelanggan dan info lain-lain lagi berkenaan rumah ini.
Selain itu, jika anda berminat nak tengok koleksi rumah yang telah siap dibina oleh Mahligai Idaman, anda juga boleh klik link di bawah.