Siling Kapur 2 Tingkat Dan Berlampu
Siling Kapur 2 Tingkat Perlu Diselenggara Untuk Kekal Kemas.
Tentu ramai yang menyukai rekaan siling kapur 2 tingkat dan dihiasi dengan cahaya lampu. Ruang tamu akan nampak lebih elegan dan kecantikan balikan cahaya di siling kapur akan nampak menyerlah. Tetapi ingat, di satu sudut nampak cantik, kami melihat kesukaran selenggara pada tuan rumah di kemudian hari. Dengan lampu terletak dikawasan tersorok dalam siling, ia akan menarik cicak dan juga serangga ke arah cahaya lampu dan cicak ini akan meninggalkan sisa najisnya di kawasan lampu.
Selain dari itu, habuk juga akan terperangkap diantara celahan siling kapur. Mahu ataupun tidak, tuan rumah perlu membuat pembersihan berkala bagi penggunaan siling kapur sebegini. Nampak cantik tetapi sama ada praktikal dari sudut selenggara perlu diberi perhatian juga.