Tentang Kami

Kami membantu anda merealisasikan rumah idaman dengan kepakaran dalam pembinaan rumah atas tanah sendiri di Kelantan & Terengganu.


Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan & Terengganu

17+

PENGALAMAN DALAM PEMBINAAN RUMAH

Ditubuhkan pada Julai 2011, MAHLIGAI IDAMAN SERVICES (KT0294993-M) adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001).

Syarikat ini telah ditubuhkan secara perkongsian dan salah seorang pengarah syarikat, Haji Wan Sukri bin Wan Othman juga merupakan pengarah syarikat MAHLIGAI IDAMAN CONSTRUCTION (KT0247997-T), syarikat pembinaan rumah yang telah beroperasi di Kelantan sejak Oktober 2008.

Pada tahun 2018, MAHLIGAI IDAMAN SERVICES (KT0294993-M) telah dinaik taraf kepada MAHLIGAI IDAMAN DEVELOPMENT SDN BHD (1263469-H) dimana syarikat telah menunjukkan perkembangan yang baik dari tahun ke tahun.

Mahligai Idaman juga akan memastikan sistem pentadbiran syarikat yang teratur supaya syarikat lebih berdaya saing dan dapat mengukuhkan keupayaan untuk terus maju ke depan.


Misi & Visi

Sebagai kontraktor pembinaan rumah yang diyakini, Mahligai Idaman sentiasa berpandukan kepada misi dan visi yang jelas.

Ia menjadi panduan utama dalam setiap langkah kami untuk memastikan pelanggan menerima rumah berkualiti tinggi, dengan proses yang telus dan perkhidmatan penuh dedikasi.

Visi

Menjadi peneraju dalam industri pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti tinggi di Kelantan dan Terengganu, serta jenama pilihan utama bagi setiap keluarga yang ingin merealisasikan rumah impian mereka.

Misi

  • Menggunakan kepakaran tenaga kerja mahir untuk menjamin hasil binaan terbaik.
  • Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi tepat.
  • Berusaha memastikan perlaksanaan kerja menepati tempoh masa.
  • Mewujudkan pengalaman pembinaan yang mudah, profesional, dan memuaskan.
  • Menjadi rakan kepercayaan pelanggan dari proses awal hingga siap rumah.

Membina Kepercayaan Sejak 2008


Kata-Kata Inspirasi Daripada Pengurusan

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Mahligai Idaman telah berkembang menjadi antara kontraktor pembinaan rumah yang paling diyakini di Kelantan & Terengganu.

Kami amat berbangga dengan seluruh kakitangan kami yang sentiasa komited menjayakan misi dan visi syarikat untuk menjadi peneraju pembinaan rumah mampu milik berkualiti tinggi.

Dengan sokongan berterusan daripada pelanggan dan rakan niaga, kami berharap dapat terus melangkah lebih jauh, memperkukuh kepercayaan, dan menawarkan lebih banyak rumah impian kepada masyarakat di masa hadapan.”

Daripada,
Pihak Pengurusan Mahligai Idaman

KLIENT KAMI

MEDIA POSTS